spot_img
spot_img

Tips Jaga Pakaian Berwarna Putih

spot_img
Almari baju anda dipenuhi dengan pakaian putih? Pastinya menghampakan apabila melihat baju atau seluar kita bertukar menjadi kekuningan atau kusam dek kerana kesan dari kotoran degil atau penurunan warna fesyen lain ke atas pakaian putih. Pakaian putih yang sudah kerap dipakai dan dicuci juga senang berubah warna, nampak kusam dan sudah hilang seri putihnya.
Cuba ikuti tips untuk menjaga pakaian putih agar putih tahan lebih lama dan bersih seperti baru.
1. Cuci pakaian putih sahaja. Jangan campurkannya dengan pakaian yang berwarna. Ia akan menyebabkan penurunan warna pada pakaian yang berwarna putih.
2. Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.
3. Gunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Jangan kerap membasuh stokin bersama peluntur kerana ia akan menjadikan stokin longgar. Jika sekali-sekala tidak mengapa, kerana takut penggunaan peluntur dengan kerap boleh menjadikannya bertukar menjadi kekuningan.
4. Rendam pakaian di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok.
5. Pastikan anda membuang kesan kotoran terlebih dahulu sebelum ia mengering. Jika kesan kotoran masih tidak hilang biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img