spot_img
spot_img

Sarawak Report Belum Terima Notis Saman Pas

spot_img

Sehingga kini, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown belum menerima sebarang notis saman daripada Pas meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan parti itu.

Ia berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka mengugut untuk menyaman saya dalam masa seminggu jika saya tidak melakukan banyak perkara (yang dituntut) pada pertengahan Disember (lepas)… tetapi belum ada (sebarang tindakan),” katanya kepada Free Malaysia Today.

- Advertisement -

Katanya, peguam bagi Pas di United Kingdom masih belum mengemukakan sebarang notis guaman terhadapnya ataupun portal itu berhubung ancaman mereka.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau partinya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan Sarawak Report di UK sejak kata dua itu dikemukakan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin HassanTakiyuddin berkata, peguam partinya di United Kingdom telah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember lepas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img