spot_img
spot_img

Jangan Buang Nasi Sejuk, Punyai Khasiat Untuk Badan

spot_img
Memang biasa berlaku bila nasi yang dimasak hari semalam masih berbaki pada pagi ini bukan? Adakah sebaiknya dibuang sahaja atau disimpan?
Nah, jawapannya adalah jika nasi tersebut masih tidak basi, ianya boleh dimakan dan sangat baik untuk sistem percernaan manusia. Menurut portal Doktorsehat, ini antara sebabnya:
Perubahan kimia yang menyihatkan
 
Perubahan ini dapat memberikan kesihatan pada tubuh badan dan ternyata nasi sejuk mempunyi kandungan kalori 60 persen yang jauh lebih rendah.
Nasi yang baru dimasak akan terus diubah menjadi glukosa dan sekiranya kita tidak banyak bergerak atau bersenam, maka ia akan menjadi lemak yang berkumpul dalam badan. Berbeza dengan nasi sejuk, ia tidak mengandungi kandungan glukosa yang tinggi.
Bukan hanya nasi, malah kentang juga
 
Kentang memiliki kandungan kanji yang tinggi dan seperti nasi, ia juga sangat baik dimakan selepas keesokan harinya. Kanji akan menyebabkan perut berasa kenyang dan menghindarkan kita dari mengambilnya secara berlebihan. Zat ini juga dapat mencegah tubuh dari terkena kanser usus.
Pasta yang dipanaskan kembali sangat baik
 
Proses pemanasan semula akan menjadikan pasta tersebut mempunyai kadar glukosa yang rendah. Jadi pesakit yang menderita diabetis boleh memakannya tanpa menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak.
Wah, tak sangka makanan semalam begitu banyak manfaatnya bukan? Bukan sahaja mengelakkan pembaziran, malah banyak manfaatnya pada tubuh badan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img