spot_img
spot_img

Enam Maut Serangan AS Ke Atas Pangkalan Udara Tentera Syria

spot_img

Enam orang maut dalam serangan Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara tentera Syria di tengah negara itu yang menyebabkan kemudahan itu rosak teruk.

“Pada jam 3.42 pagi waktu tempatan, AS melancarkan pencerobohan terang-terangan dengan peluru berpandu terhadap salah satu daripada empat pangkalan udara di tengah Syria, membunuh enam orang dan mencederakan ramai lagi, dan menyebabkan kerosakan teruk,” kata jurucakap tentera Syria, membacakan kenyataan di televisyen.

Beliau tidak menyatakan sama ada mangsa yang maut ialah penduduk awam atau anggota tentera, dan tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kerosakan disebabkan bedilan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Shayrat di Homs.

- Advertisement -

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang beribu pejabat di Britain, berkata tujuh tentera Syria maut dalam serangan itu.

Ia adalah tindakan ketenteraan secara langsung pertama AS terhadap Presiden Bashar al-Assad sejak bermula perang Syria pada Mac 2011.

- Advertisement -

Bedilan peluru berpandu itu dilancarkan selepas serangan kimia dilakukan terhadap bandar dikuasai pemberontak yang membunuh 86 orang dan puluhan lagi mengalami sawan, muntah dan mulut berbuih.

Kerajaan dan tentera Syria menafikan penggunaan senjata kimia atau terbabit dalam kejadian itu.

“Pemerintah tertinggi tentera dan pasukan bersenjata mengesahkan bahawa tindak balas akan menjadi penentuan seterusnya bagi meneruskan tugas mempertahankan rakyat Syria dan menghapuskan keganasan di mana sahaja,” kata kenyataan.

Ia menuduh Washington berpakat dengan militan seperti Daesh dan berkata ia cuba ‘mewajarkan pencerobohan’ dengan menuduh Damsyik bertanggungjawab di atas serangan kimia tanpa mengetahui kebenaran. – AFP

Sumber: Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img