spot_img
spot_img

Banyak Hadis Palsu Di Media Sosial, Mufti Saran Umat Islam Rujuk Pakar Agama

spot_img

Umat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada jabatan agama dan golongan pakar agama bertauliah bagi mengesahkan kesahihan catatan berkaitan agama Islam di media sosial, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Katanya ia merupakan perkara yang membimbangkan kerana kebebasan berkongsi maklumat di media sosial telah membuka peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran salah.

Menurutnya, catatan berkaitan agama yang tidak sahih itu juga boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini.

- Advertisement -

“Pada hari ini, kita boleh lihat banyak hadis dan dalil-dalil agama yang tidak tepat tersebar luas di media sosial.

“Ini boleh mendatangkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang baru dan ingin mendekatkan diri kepada agama, jadi sebelum kita kongsi sebarang maklumat kita boleh rujuk pakar agama bertauliah terlebih dahulu,” katanya.

Sumber: Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img