spot_img
spot_img

Penduduk Sibu Korek Lubang Dapatkan Ayam Yang Ditanam

spot_img

Sekumpulan penduduk tempatan dilaporkan telah menggali kepak ayam yang dipercayai telah dibuang oleh pihak kastam Sibu di sini.

Kejadian yang berlaku di Jalan Engkalat di sini menyaksikan penduduk kampung tersebut sanggup menggali semula tanah berkenaan untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh sama ada untuk dimakan atau dijual.

Menurut sumber, pihak Kastam Sibu telah merampas sejumlah tiga tan kepak ayam dari sebuah lori kontena sejak Jumaat lalu kerana gagal mempamerkan permit import yang sah. Pihak kastam juga mendakwa kontena tersebut datang dari negara yang disyaki mempunyai wabak H1N1.

- Advertisement -

Sementara itu di laman Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Orang ramai diingatkan tidak berbuat demikian kerana bimbang makanan yang telah dirampas dan dibuang ini tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan jika dimakan.

Semantara itu, pihak berkuasa tempatan telah digerakkan untuk menyiasat kejadian sebilangan penduduk yang dilapor menggali kepak ayam yang dibuang di Bukit Aup hari ini.

- Advertisement -

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan kepak ayam berkenaan yang dibuang pihak penguat kuasa Jumaat lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img