spot_img
spot_img

“Tersentap Rasa Hati. Tertera Minyak Yang Mereka Isi Tadi Hanya RM1.00”

spot_img

Tersentuh hati kami bila melihat gambar keluarga ini. Kelihatan si anak dan ibu sanggup meredah panas terik demi mencari tin dan botol kosong untuk sesuap nasi. Ketika kanak-kanak yang lain sedang leka bermain dan berehat di rumah, si anak ini pula membantu ibunya mencari rezeki setelah selesai waktu persekolahan.

Menjelang petang, urusan di Kuantan baru sahaja selesai. Penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya. Perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sg Soi.
Setibanya di lampu isyarat Kg Pak Mahat, terlihat seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal. Dengan cepat memintas mereka. Rupa rupanya terdapat tin dan botol kosong. Katanya mereka memang setiap hari mencari botol dan tin kosong. Selepas balik dari sekolah, anak sulungnya itu akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual keesokannya.
Terlihat anaknya yg masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan anak yang sebaya anak saya itu. Betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya. Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi. Teragak agak mereka untuk mengambilnya. Seketika, mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.
Saya meneruskan perjalanan dan singgah di stesen minyak kempadang. Setelah membeli di kedai serbaneka, terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak. Saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak. Tersentap rasa hati. Tertera minyak yang mereka isi tadi RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi. Sedih sangat rasanya.
Di zaman yang serba mencabar ini…inilah hakikatnya. Moga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak beranak yang seramai 7 orang itu.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi rezeki boleh hubungi :
Nama : – (maaf tak sempat bertanya)
No Tel : 0112-5586664
#murahkanrezekimereka
#jadikananakanaknyainsanberjaya

Sumber dari Facebook EmanPanji

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img