spot_img
spot_img

Selepas Dikecam, Shabudin Dakwa Kenyataannya Disalah Lapor Media

spot_img

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya terkejut dan kecewa perbahasannya semalam mengenai perkahwinan bawah umur dilaporkan “secara tidak tepat” oleh media.

Beliau berkata, laporan media itu menggambarkan dirinya mengalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dan mangsa.

Menurut Shabudin,  beliau Sebenarnya cuma menolak usul mengharamkan perkahwinan bawah umur.

- Advertisement -

“Kerana usul itu berlawanan dengan peruntukan undang-undang syariah seperti yang terkandung dalam enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Shabudin dilaporkan berkata perkahwinan antara mangsa bawah umur dan perogol mungkin sesuatu yang baik supaya mereka tidak melalui masa depan yang gelap.

- Advertisement -

Kanun Keseksaan menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan di bawah umur 16 tahun sebagai rogol statutori, walaupun dilakukan dengan kerelaan perempuan itu.

“Dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol statutori iaitu ‘atas dasar persetujuan bersama’. Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak mempunyai laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.”

“Walaubagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu.

“Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin,” katanya.

 

Sumber: Free Malaysia Today

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img