spot_img
spot_img

Salman Khan Ke Malaysia, Jayakan Konsert 

spot_img

Superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), pada 14 April ini.

Hero filem dan penerbit dari India berusia 51 tahun itu dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia’ yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions, Datuk Geethanjali G, berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

“Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com,” katanya.

- Advertisement -

Malaysia adalah pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan membabitkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia.

Sumber Bernama

- Advertisement -

 

Source: Salman Khan Ke Malaysia, Jayakan Konsert | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img