Malindo Air menafikan laporan sebuah akhbar mengenai prosedur pemeriksaan ke atas calon kru kabinnya.
Dalam satu kenyataan hari ini , syarikat penerbangan itu berkata, selepas siasatan dalaman dijalankan, laporan disiarkan akhbar tersebut adalah tidak benar.
“Pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita dan ia adalah sebahagian daripada proses temu duga
“Calon diberi taklimat lebih awal dan keizinan daripada setiap mereka didapatkan sebelum pemeriksaan kesan parut ketara dapat dilihat jika mereka mengenakan pakaian seragam,” katanya.
Difahamkan, prosedur sama dipraktikkan sejak empat tahun lalu dan setakat ini Malindo Air sudah mengambil lebih 700 pramugari berkeja dengan mereka.
Sebelum ini, Malindo Air menjadi perhatian ramai apabila dilaporkan meminta calon pramugari mereka membuka baju untuk pemeriksaan parut atau cacah pada sesi temu duga 11 Mac lalu.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa’adi Raja Amrin, mempertahankan langkah itu dan berkata, sebagai bakal majikan syarikat terbabit berhak meminta calon krunya mendedahkan dada kepada penemuduga.
Sumber: Malaysiakini