spot_imgspot_img

Nak Kurus? Jom Amalkan Jus Kurus Keding Yang Sangat Berkesan Ni

Jom amalkan jus ini untuk mendapat tubuh badan yang langsing. Petua ini kami ambil dari Puan Mastura Ab Rashid.

JUS KURUS KEDING
(#senang sangat!)
* Ada edit letak Q&A*
OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat.
Sayalah tu..✋✋?
Ok, harini saya minum JUS KURUS KEDING.
(#acahje takdelah sampai keding)
Fresh juice, fresh fruits.
Sangat BERKESAN ok!
Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat taknak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.
BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.


ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri “Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri).” Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.

Q&A JUS KURUS:
1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

2. Pantang boleh minum?

Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih. ?

3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih. ?

4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.
Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.
Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankat

Ps: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.
#follow saya untuk petua mak, tips kecantikan dan makanan pantang. Tengok #album yang saya up di wall.?
#share jika bermanfaat. ?
#like dan #komen jika suka. ?
#masturarashid
#thecolourfullady
#argonvalley

Sumber dari Facebook Mastura Ab Rashid

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img