spot_img
spot_img

Kebaikan Orang Yang Kerap, Cepat Berpeluh & Tips Atasinya

spot_img

Baru berjalan sedikit dah berpeluh macam hujan turun.

Peluh ialah cecair dihasilkan dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.

Anda yang kerap berpeluh pasti merasa rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila ingin berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas. Ada juga sesetengah dari anda terpaksa membuang baju kesayangan kerana ia mula meninggalkan bekas peluh. Oh no! 
Bagi anda yang terganggu dengan pengeluaran peluh berlebihan, nah Wanista kongsikan kebaikan yang anda terima berbanding orang lain.

#1 Mengurangkan risiko batu karang

- Advertisement -

Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.

#2 Tidak mudah jatuh sakit

Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.

#3 Mendetoks badan

Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan dari peluh.

#4 Antibiotik percuma

- Advertisement -

Tahukah anda peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidin dapat mengubati dan melawan jangkitan kuman.

Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang menyebab rasa melekit tidak selesa. Terdapat pelbagai teknik dan pilihan untuk anda mengurangkan peluh…

  • Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
  • Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
  • Pembuangan bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.

Pengeluaran peluh sebenarnya berbeza dan ia mengikut faktor kesihatan individu terbabit.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img