spot_imgspot_img

Cadangan Perogol Kahwini Mangsa Rogol Melampau

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya mengenai perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa sebagai agak melampaui batas tatasusila.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu seperti dilaporkan Free Malaysia Today berkata, kenyataan itu juga boleh mengelirukan.

“Tokoh agama boleh memberikan penjelasan apakah pendirian Islam sebenar dalam soal ini.

“Itukah caranya atau adakah itu dianggap satu kenyataan yang agak bertentangan dengan undang-undang syariah dan sebagainya,” katanya.

Semalam, kenyataan Shabudin di Dewan Rakyat menjadi tular apabila beliau berkata perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol mungkin menjadi “ubat” kepada masalah sosial.

Beliau berkata walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol perkahwinan dengan perogolnya.

Menurut Muhyiddin,  perbuatan rogol itu adalah perbuatan salah.

“Dan mereka yang melakukan itu sepatutnya dihadapkan (ke muka pengadilan). Kalau betul ada bukti, kemukakan ke pengadilan dan dihakimkan serta sudah tentu hukuman berat perlu dikenakan ke atas perogol ini,” katanya.

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img