spot_img
spot_img

Siti Saleha Bakal Nikah Lutfi 28 Julai 

spot_img

Pelakon Siti Saleha akhirnya mendedahkan  bakal menamatkan zaman gadisnya dengan Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai ini.

Siti Saleha Baharom, 27,  berkata majlis resepsi mereka pula akan diadakan sehari selepas itu.

“Sebelum ini, saya tidak dapat berkongsi tarikh pernikahan kami kerana lokasi majlis belum diputuskan lagi. Apabila tarikh dan lokasi sudah ditetapkan, baru saya bersedia untuk mengumumkannya kepada semua.

“Buat masa ini, saya hanya bersedia untuk berkongsi tarikh kami bakal disatukan kerana masih banyak urusan lain yang perlu diselesaikan,” katanya.

- Advertisement -

Saleha dan Lutfi yang juga seorang pegawai kerajaan mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 26 November lalu. Pasangan itu mulai rapat sejak setahun lalu.

Sumber Berita Harian

Source: Siti Saleha Bakal Nikah Lutfi 28 Julai | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img