spot_img
spot_img

‘Rakyat Nak Dengar Hujah, Bukan Buat Huru Hara’

spot_img

Tindakan pihak polis menghalang debat antara Tun Sr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Mohamed Nazri atas alasan keselamatan adalah tidak munasabah dan tidak berperlembagaan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan hak ini hanya boleh disekat oleh undang-undang atas sebab keselamatan atau ketenteraman awam.

“Debat yang dijadualkan akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam, iaitu satu tempat tertutup dengan jumlah hadirin yang terhad bukanlah satu ancaman kepada keselamatan atau ketenteraman awam.

- Advertisement -

“Seorang yang waras tentunya tidak dapat membayangkan bagaimana debat antara dua orang tokoh politik yang diadakan di tempat yang tertutup dan terkawal boleh bertukar menjadi ancaman kepada keselamatan,” katanya.

Malah, menurut beliau, debat seumpama ini pernah diadakan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Debat ini yang membincangkan isu kenaikan harga minyak yang merupakan isu politik yang hangat dibincangkan pada ketika itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

- Advertisement -

“Saya percaya suasana yang sama akan dapat dilihat dalam debat antara Tun Dr Mahathir dan Nazri jika ia dibenarkan berlangsung. Mereka yang hadir sudah tentu ingin mendengar hujah kedua-pihak dan bukannya untuk menimbulkan huru-hara,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img