spot_img
spot_img

Maut Selepas Digigit Anjing Sendiri Ketika Sesi Wawancara TV

spot_img

LONDON-BRITAIN – Tragis! Seorang lelaki mati diserang anjing peliharaannya sendiri ketika dia sedangĀ  menjalani sesi wawancara untuk satu program dokumentari.

Memetik laporan Mail Online, kejadian berlaku di Utara London ketika Mario Perivoitos,41, sedang sibuk diwawancara di rumahnya yang terletak di perumahan Wood Green untuk program dokumentari berkenaan.

Tatkala itulah, tidak semena-mena anjing berwarna hitam jenis staffordshire bull terrier peliharaannya tiba-tiba menyerang lantas mengigit leher Mario.

- Advertisement -

Keadaan panik seketika, di mana kru program cuba membantu Mario dan segera meminta pertolongan dan memanggil ambulans.

Namun selepas dikejarkan ke hospital umur Mario tidak panjang apabila dia disahkan telah meninggal dunia.

Pihak polis kini sedang menyiasat lanjut kejadian.

- Advertisement -

Sementara itu, anjing itu telah diambil oleh pihak polis danĀ ditempatkan di pusat haiwan buat sementara waktu.

Difahamkan punca kematian Mario akibat daripada pendarahan yang banyak dan kerosakan pada saluran nafas akibat daripada gigitan anjing itu.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img