spot_img
spot_img

Kenapa Isnin 24 April Ini, Hari Indah Anda…

spot_img
Berita baik buat rakyat Malaysia, bagi mereka yang mahu meluangkan masa seketika bersama keluarga, mahupun untuk melegakan diri daripada kesibukan bekerja, hari Isnin bertarikh 24 April ini merupakan hari ‘indah’ anda.
Ini kerana bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V kerajaan telah memutuskan pada tarikh berkenaan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
“Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.
“Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara,” katanya petik Harian Metro.
Selain itu, Ali berkata dua acara lain akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat dijadual berlangsung pada 20 April ini di Masjid Putra, Putrajaya serta Pameran Raja Kita pada 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara Lama).
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img