spot_img
spot_img

Dedah Wajah Anak, Stacy & Akim Buka Akaun IG Eshaal 

spot_img

Pasangan Stacy dan Akim Ahmad, akhirnya buat pertama kali berkongsi wajah bayi mereka, Eshaal di laman Instagram (IG), sebentar tadi.

Stacy menerusi entri akaun IG yang memuat naik wajah Eshaal itu memberitahu hari ini genap 44 hari usia anaknya itu.

Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini, Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya.
Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami.
Muka Eshaal banyak ikut mummy atau daddy?

 

- Advertisement -

 

Sementara Akim turut memuat naik foto yang sama dengan kapsyen:

- Advertisement -

Bunga dari Allah 

Tidak lama selepas itu, Stacy terus memuat naik beberapa keping foto keluarganya bersama Eshaal.

Pasangan popular itu juga turut membuka akaun IG khas untuk bayi sulungnya menggunakan nama @eshaal_1717

 

 

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Februari lalu.

Stacy turut mempunyai seorang anak angkat sebelum ini bernama Bella dengan panggilan manja Beyya yang kini berusia lima tahun.

 

Teks oleh Syafiqah Jalal

 

Source: Dedah Wajah Anak, Stacy & Akim Buka Akaun IG Eshaal | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img