spot_img
spot_img

Amyra Rosli Terpaksa Batal Tawaran Berlakon Selepas Hamil 

spot_img

Pelakon Amyra Rosli akui terpaksa membatalkan serta menolak beberapa tawaran berlakon yang sudah diambilnya selepas disahkan hamil.

Amyra atau nama sebenarnya Nurul Amirah Izzati Rosli, 26 berkata keadaannya yang kurang bermaya sejak hamil membuatkan dia terpaksa menangguh semua kerja yang telah dijadualkan.

“Setakat ini, alhamdulillah kandungan saya dalam keadaan baik. Cuma saya sendiri sejak hamil ini tiada selera makan serta kurang bermaya untuk bekerja.

“Disebabkan itu, pengurus saya terpaksa batal atau tangguh beberapa kerja yang telah dijadualkan sebelum ini,”katanya kepada Astro Gempak.

- Advertisement -

Isteri kepada pelakon Amar Baharin kini hamil sembilan minggu.

Pelakon Isteri Tuan Ihsan itu berkata keputusannya untuk berehat seketika daripada bidang seni kerana enggan menyusahkan syarikat produksi jika terus menerima tawaran berlakon.

“Ini kehamilan pertama sayam, sebenarnya saya tak boleh nak ramal keadaan kesihatan saya setiap hari.

- Advertisement -

“Jadi untuk tidak menyusahkan banyak pihak, adalah lebih baik saya undur diri daripada bekerja.

“Tapi terpulang atas nasihat doktor juga, kalau saya sudah bertambah baik nanti, saya akan bekerja.

“Setakat ini saya buat apa yang termampu seperti hadir di majlis-majlis tertentu,” katanya lagi.

Amyra dan Amar bernikah pada 11 November tahun lalu.

 

Source: Amyra Rosli Terpaksa Batal Tawaran Berlakon Selepas Hamil | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img