spot_img
spot_img

Ibu Terakam Foto Comel Anak 2 Tahun ‘Posing’ Bersama Pemangsa Berbisa, Sangkakan Dahan Pokok

spot_img

Seorang ibu terkejut besar apabila mendapati aksi comel anaknya ketika sedang membuat sesi bergambar di satu kawasan di Australia di temani dengan seekor makhluk berbahaya – seekor ular Eastern brown – ular kedua paling berbisa di dunia (sumber: Wikipedia).

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat seekor ular menjalar berdekatan dengan kaki anaknya itu dan ketika gambar itu dirakam, mereka langsung tidak sedar akan kehadiran makhluk berbisa itu.

Bianca Dickinson berkata, dia perasan ada sesuatu bergerak ketika sesi mengambil gambar itu tetapi dia menganggapnya sekadar dahan pokok yang bergerak kerana ditiup angin.

- Advertisement -

Bagaimanapun, ketika dia perhatian dengan lebih teliti, dia terkejut besar apabila mendapati objek bergerak itu adalah seekor ular  Eastern brown, yang berkedudukan hanya beberapa meter dari anaknya, Molly.

Bianca berkata, dalam hati dia mahu terus membawa Molly lari tetapi dia sedar, jika berbuat demikian, ular itu mungkin akan mengganas.

“Saya rasa kerana saya berdiri tegak, dan Molly pun tegak, ular itu menjalar melepasi kami,” kata Bianca.

- Advertisement -

Selepas keadaan selamat, Bianca membawa Molly ke tempat yang selamat.

“Apabila saya sampai di rumah, saya periksa kamera dan menemui gambar ini,” katanya.

Tambah Bianca lagi, Molly langsung tidak perasan akan kehadiran makhluk itu.

“Saya pula sebaliknya. Saya tidak dapat tidur malam dan hanya makan sekali sahaja selepas kejadian ini berlaku (pada Rabu).”

Ular yang dikenali sebagai The East brown itu merupakan ular kedua paling berbisa di dunia dan ia merupakan ular yang paling bertanggungjawab ke atas kebanyakan kematian akibat gigitan ular di Australia.

Kredit Siakap Keli dan The Age Wiki.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img