spot_img
spot_img

Hadiah Arwah Suami Untuk Nora Buat Peminat Tersentuh

spot_img

Baru sahaja kehilangan suami tercinta, perkongsian gambar Nora Ariffin di Instagram berkenaan hadiah terjemahan al-Quran daripada teman hidupnya itu ternyata menyentuh perasaan peminat dan pengikutnya.

“Assalamualaikum. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti. Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan. Allah saja yang tahu”

- Advertisement -

“Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik. Abang…adamu menyenangkan dan membahagiakan…pergimu amat menyedihkan. Insya-Allah, bertemu di syurga,” luah Nora di laman sosial tersebut.

Lebih menyayat hati lagi, pesanan arwah suaminya melalui tulisan ringkas ternyata membuatkan lebih ramai yang tidak dapat menahan sebak – Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi.Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah. Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali. Love you always,“ tulis Johan pada 24 April 2010.

Johan yang juga merupakan penggubah lagu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img