Pasti ramai di antara kita memiliki gaya tidur yang tersendiri.
Ada yang menggunakan satu bantal, dan ada yang gemar untuk tidur dengan banyak bantal.
Tahukah anda bahawa terdapat rahsia disebalik cara anda menggunakan bantal ketika tidur. Jadi, kami kongsikan lima rahsia disebalik penggunaan bantal yang anda tidak tahu.
1. Memeluk Bantal
Bagi anda yang sering memeluk bantal ketika tidur, sebenarnya anda seorang yang berjiwa seni dan menghargai muzik. Anda juga seorang yang bersifat sensitif dan bersifat romantik.2. Perlukan Banyak Bantal
Mereka yang memerulukan bantal yang banyak ketika tidur ini adalah seorang yang kurang keyakinan diri. Mereka juga dikatakan sentiasa memerlukan seseorang untuk mendampinginya. Tahukah anda bahawa mereka yang berada di dalam kategori ini sering memerlukan bantuan dan pendapat dalam membuat keputusan.3. Hanya Satu Bantal
Seorang yang ringkas, tidak cerewet dan boleh menerima apa jua keadaan. Di dalam membuat keputusan, anda tidak akan terburu-buru.4. Bantal Di Bawah Kaki
Mereka yang dalam kategori ini dikatakan memiliki sikap yang kurang baik. Berpewatakan egois dan jarang bergaul dengan orang ramai. Mereka juga sering menggunakan jalan pantas untuk melakukan sesuatu dan tidak suka berusaha lebih.5. Tanpa Bantal
Memiliki sifat keyakinan yang tinggi. Namun jika terlampau percaya dan yakin diri, sikap tersebut mungkin boleh mencetus keegoan.
Sumber : Era.fm
Olahan : Izzat Ridzwan
Source: 5 Rahsia Disebalik Gaya Tidur Anda | Astro Gempak