spot_img
spot_img

UnboxYourPhone – 5 perkara utama mengenai Samsung Galaxy S8 

spot_img
Timbalan Presiden Kanan Stategi Produk Samsung, Justin Denison memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan S8 ketika acara Samsung Unpacked di New York pada 29 Mac 2017. – REUTERS/Brendan McDermid

SYARIKAT teknologi gergasi Korea Selatan secara rasminya memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy S8 pada acara Samsung Unpacked di Linclon Center, New York Amerika Syarikat pada pagi tadi waktu Malaysia.

Perasmiannya yang boleh ditonton secara penstriman langsung di seluruh dunia itu merupakan siri telefon pintar Samsung siri-S selepas Samsung S7.

Menerusi kata kunci ‘#UnboxYourPhone’, Samsung turut mendedahkan ciri-ciri utama dan terbaharu telefon pintar mereka menerusi catatan tweet di akaun @samsungmobile.

- Advertisement -

Bagi siri Galaxy S8, dua variasi ditawarkan iaitu Samsung Galaxy S8 (skrin bersaiz 5.8 inci) dan Samsung Galaxy S8+ (skrin bersaiz 6.2 inci).

Berikut adalah lima perkara utama yang anda perlu tahu mengenai Samsung Galaxy S8:

 

- Advertisement -

1. Skrin ‘Infinity Display

Rekaan simetrikal digunakan pada telefon pintar ini, yang dikatakan selesa pada tangan pengguna.

 

Selain itu, dengan butang Home fizikal dibuang, penggunaan bingkai yang lebih kecil serta pengguna skrin melengkung, Samsung Galaxy S8 memberikan paparan skrin hadapan yang lebih besar yang dipanggil sebagai Infinity Display.

 

Melalui rekaan skrin hadapan baharu ini, ia turut menawarkan nisbah paparan 18.5.9 (lebih besar daripada 16:9). Ya, pengguna akan lebih puas apabila menonton video atau bermain permainan video!

 

2. Pengimbas mata ‘Iris Scanner’

Foto: Samsung.com

Menurut Samsung, mereka menitikberatkan privasi dan keselamatan pengguna.

Beberapa mekasnime diperkenalkan, antaranya pengimbas mata (Iris Scanner), pengecaman muka untuk nyah-kunci telefon dan integrasi pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon.

 

 

3.  Kamera

Walaupun syarikat telefon pintar yang lain kini menggunakan dwi-kamera, Samsung masih mengekalkan penggunaan satu lensa, dengan kamera belakang 12-megapiksel.

Sementara itu, bagi bahagian hadapan telefon, Samsung menyediakan kamera 8-megapiksel dengan sokongan Auto Fokus Pintar,  yang dikatakan mampu mengambil swafoto anda dalam apa jua keadaan.

Bagi anda yang suka mengambil gambar pada waktu malam atau di tempat yang gelap, kamera belakang Galaxy S7 dilengkapi dengan lensa F/1.7 yang akan memberikan lebih cahaya kepada gambar dan video yang diambil.

Kamera Galaxy S8 turut dilengkapi pengesan Dual Pixel.

4. Teknologi 10nm

Dengan inovasi cip pemprosesan berkuasa tinggi melalui teknologi 10nm, ia mampu meningkat pelancaran aplikasi dalam telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ dengan cepat selain turut menjadikan hayat bateri telefon menjadi lebih lama.

Cip ini juga menjadikan penggunaan tenaga telefon pintar menjadi lebih efisien.

5. Sokongan kecerdasan buatan Bixby

Foto: Samsung.com

Samsung turut membangunkan sokongan kecerdasan buatan bernama Bixby, pada perisian kamera yang akan memberikan maklumat lebih lanjut melalui pengimbasan sesuatu produk.

Contohnya, jika anda sedang mengimbas sepasang kasut melalui Galaxy S8, Bixby akan membantu anda untuk memberi info tambahan serta pautan untuk membelinya di laman web.

 

 

 

Source: UnboxYourPhone 5 perkara utama mengenai Samsung Galaxy S8 | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img