spot_img
spot_img

Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth – Rizal 

spot_img

Laporan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa terdapat permintaan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth, seperti yang disiarkan Malaysiakini hari ini, adalah tidak benar sama sekali.

Ketika menafikan laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, berkata spekulasi daripada sumber tidak berasas sangat tidak membantu.”Datin Seri Rosmah amat menyanjungi Rajnikanth dan memahami bahawa beliau seorang bintang yang sangat ternama – di India dan di Malaysia.

“Bagaimanapun, laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada pun dalam jadual lawatan ke negara yang merupakan sebuah daripada ekonomi paling pantas berkembang di dunia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Malaysiakini laporan itu diperoleh daripada The Telegraph, sebuah laman web berita India, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dikatakan telah meminta untuk bertemu Rajnikanth.

- Advertisement -

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal untuk mengesahkan dakwaan itu.

Najib, diiringi Rosmah, akan melakukan lawatan rasmi lima hari ke India mulai esok, meliputi Chennai, New Delhi dan Jaipur.

- Advertisement -

Sumber: Bernama

 

Source: Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth – Rizal | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img