spot_img
spot_img

Selepas BN Tak Jadi Bentang, Pas Jamin Bawa RUU355 Ke Parlimen

spot_img

Pas akan tetap dengan pendirian untuk membawa Rang Undang-Undang 355 (RUU355) ke Parlimen selepas Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkannya.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti Islam itu langsung tidak terkesan dengan keputusan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya melihat ia sebagai satu persetujuan untuk as membentangkannya sebagai RUU persendirian.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan untuk membentang dan membahaskan RUU355 adalah hak mutlak Speaker Dewan Rakyat.

- Advertisement -

 

“Mengikut Perintah Tetap Parlimen, RUU355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 ini boleh dibentang dan dibahaskan selepas urusan kerajaan, namun kerajaan boleh memberi peluang untuk ia dibentangkan pada bila-bila masa.

- Advertisement -

“Justeru, saya menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam untuk menyokong pindaan RUU355, manakala yang bukan beragama Islam mestilah menghormati perlembagaan negara.

“Perlembagaan mengatakan ini adalah hal berkaitan Islam sahaja,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img