spot_img
spot_img

Penajaan Sukan SEA Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 cecah RM69 juta 

spot_img

Penganjuran Sukan SEA 2017 dan Para ASEAN turut menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, NAZA dan Mc Donalds. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai 87 peratus atau RM69 juta daripada jumlah sasaran sebenar RM80 juta, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jumlah itu berjaya dikumpul Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dengan menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, NAZA dan Mc Donalds untuk temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

“Tujuh belas syarikat swasta bersetuju menaja dari bentuk wang tunai dan barangan. Mengikut ketetapan, syarikat menaja RM30 juta (wang tunai) dan RM50 juta (perkhidmatan dan barangan),” katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tahap persiapan kedua-dua acara sukan itu dengan mengambil kira pengehadan bajet yang diberikan.

Katanya sehingga kini, segala persiapan bagi kedua-dua acara itu tidak terjejas akibat pengehadan bajet, malah menepati keperluan dan spesifikasi yang diperlukan.

— BERNAMA

 

Source: Penajaan Sukan SEA Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 cecah RM69 juta | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img