spot_img
spot_img

Pas jangan cuba campur urusan dalaman PKR – Raja Kamarul Bahrin 

spot_img

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menasihatkan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah agar tidak mencampuri urusan dalaman parti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menegaskan, Mohd Amar tidak beretika kerana mendakwa ada dua kelompok dalam parti itu, sedangkan Pas sendiri masih menjadi rakan kepada PKR.

“Saya rasa itu adalah isu dalaman mana-mana parti dan saya rasa Datuk Mohd Amar tidak patut mencampuri urusan dalaman parti.

“Lagipun, beliau mesti ingat, PKR sehingga sekarang masih rakan bersama mereka di Kelantan dan Selangor. Jadi, saya rasa itu tidak beretika beliau membuat satu komen tentang isu dalaman PKR semasa mereka masih dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media di bilik media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

- Advertisement -

Raja Kamarul Bahrin mengulas dakwaan Mohd Amar pada Rabu bahawa Pas mendakwa terdapat dua kelompok dalam PKR di mana satu kelompok menyokong Amanah manakala satu lagi menyokong Pas.

Tambahnya, Mohd Amar juga sepatutnya mempunyai prinsip keluar dari kerajaan Selangor, Pulau Pinang, kerana beliau tidak bersetuju dengan PKR.

“Kita tidak boleh ada dalam satu kumpulan dan mengkritik dan memburukkan rakan seperjuangan. Biarlah PKR uruskan. Dia bercakap Kelantan mungkin tapi saya tak terlibat. Saya rasa ini urusan parti masing-masing,” katanya lagi.

- Advertisement -

 

Source: Pas jangan cuba campur urusan dalaman PKR – Raja Kamarul Bahrin | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img