spot_img
spot_img

Lebih 600000 saman tertunggak PDRM buru ribuan pesalah trafik warganegara asing 

spot_img

RANTAU PANJANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ribuan pesalah trafik warganegara asing yang secara keseluruhannya mempunyai lebih 600,000 saman tertunggak sejak tahun 1999 hingga kini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Datuk Mahamad Akhir Darus berkata pesalah trafik melibatkan warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak tertinggi iaitu lebih 500,000.

“Untuk makluman, jumlah saman tertunggak warga asing yang ada (mengikut pecahan negara adalah) bagi Singapura 549,117 saman, Brunei (91,103), Thailand (33, 855) dan Indonesia (4,230),” ujar beliau.

Bercakap di sidang media selepas melawat Pos Kawalan Aksem di Simpang Empat Salam, di sini siang tadi, beliau turut memaklumkan pesalah trafik warga negara asing itu turut mempunyai saman berstatus waran tangkap.

- Advertisement -

Hari ini, Ops Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) dilancarkan di pintu masuk sempadan di Kelantan sehingga 1 April bagi mengesan kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak.

Seramai 100 anggota trafik termasuk pegawai dan anggota terlibat dalam OSTWA.

Menurut Mahamad Akhir lagi, PDRM menasihati orang ramai termasuk warganegara asing yang mempunyai saman tertunggak supaya tampil menjelaskan saman mereka sebelum tindakan waran tangkap dilaksanakan ke atas mereka.

- Advertisement -

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Mahamad Akhir turut memaklumkan peratusan 20 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya yang dilaporkan di negara ini merupakan satu peratusan yang serius.

Katanya, kesemua kemalangan maut itu dikesan berpunca dari kecuaian pemandu dan pengguna jalan raya sendiri yang masih rendah tahap disiplin mereka di jalan raya.

Sikap mementing diri sendiri, memandu laju, potong garisan berkembar, guna telefon semasa memandu dan sebagainya antara punca berlakunya kemalangan maut.

Rakyat Malaysia dilihat hilang sifat lemah lembut dan toleransi apabila berada di jalan raya jika dibandingkan dengan pemandu dan pengguna jalan raya di negara Barat.

Statistik oleh PDRM mendedahkan purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang tahun 2016.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff menjelaskan daripada jumlah purata itu, 12 orang adalah penunggang atau pembonceng motosikal.

 

Source: Lebih 600000 saman tertunggak PDRM buru ribuan pesalah trafik warganegara asing | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img