spot_img
spot_img

Keyakinan penumpang China terhadap Malaysia Airlines di tahap tinggi 

spot_img
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen turut menyatakan keyakinan jumlah penumpang dari China akan bertambah berdasarkan potensi yang wujud dalam pasaran berkenaan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Keyakinan penumpang dari China terhadap syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines kini berada di tahap yang tinggi selaras dengan hasrat syarikat berkenaan menambah perkhidmatan ke negara berkenaan.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen turut menyatakan keyakinan jumlah penumpang dari China akan bertambah berdasarkan potensi yang wujud dalam pasaran berkenaan.

“Ketika ini hanya empat peratus populasi China mempunyai pasport tetapi ia dijangka meningkat kepada 12 peratus dalam tempoh 10 tahun,” jelasnya dalam satu sesi taklimat media.

“Ini akan mewujudkan potensi untuk 150 juta pelancong lagi ke Malaysia.”

- Advertisement -

Bagi memenuhi permintaan yang bertambah untuk penerbangan ke China, Malaysia Airlines akan melancarkan tiga laluan baharu menjelang Jun tahun ini serta menambah kekerapan penerbangan ke Shanghai.

Sementara itu, carian kata kunci “flights to China” di Google turut meningkat 24 peratus berbanding tahun lepas, melepasi  carian ke destinasi lain seperti Perancis dan Australia.

Malah secara keseluruhan carian mengenai tiket penerbangan ke China meningkat 46 peratus berbanding tahun lepas.

- Advertisement -

Turut meningkat ialah kata kunci “halal food in China” yang menyaksikan peningkatan 80 peratus tahun lalu lantas memberi bayangan bahawa wujud peningkatan minat untuk orang Islam melancong ke China.

Berikut adalah hasil kajian carian di Google dengan kata carian “Flight to ….. (destinasi)”.

Sumber Google

Sumber Google

Source: Keyakinan penumpang China terhadap Malaysia Airlines di tahap tinggi | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img