spot_img
spot_img

‘Kami Mahu Habiskan Masa Dengan Keluarga’

spot_img

“Kami mahu menghabiskan masa dengan ahli keluarga kami sekarang,”. Itu kata-kata kaunselor Malaysia ke Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain yang selamat pulang ke tanah air pagi tadi.

Penerbangan yang membawa sembilan rakyat Malaysia itu tiba di KLIA pada pukul 5.30 pagi Jumaat, selepas berlepas dari Pyongyang, Korea Utara pada pukul 7.45 malam Khamis waktu Malaysia.

Menurut Mohd Nor Azrin, rakan-rakan diplomat di Korea Utara merupakan sumber sokongan dan bantuan terbaik dalam waktu sukar, kata kaunselor Malaysia ke Korea Utara.

- Advertisement -

“Kami tidak diganggu pihak berkuasa Korea Utara, mereka memberitahu kami bahawa kehidupan berjalan seperti biasa.

“Tetapi hakikat kami tidak dibenarkan untuk pulang ke tanah air sememangnya membimbangkan,” katanya seperti dilaporkan MStar.

 

- Advertisement -

Mohd Nor Azrin berkata, mereka harus menguatkan semangat kerana menyedari ahli keluarga pastinya bimbang tentang keadaan mereka.

Kesemua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tidak menentu di Korea Utara selama 24 hari, selepas larangan meninggalkan negara itu dikeluarkan pada 7 Mac lalu.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img