spot_imgspot_img

Harga Tiket Menonton Persembahan Afgan Bernilai RM1 000 Berbaloi – Penganjur 

 

Penganjur Minggu Setiausaha An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz’, Najwa Mohamed Mokhtar akui harga tiket yang mencecah sehingga RM1 000 adalah berbaloi.

Najwa yang juga merupakan Pengarah Urusan Loudcloud Entertainment & Event Management, berkata, meskipun agak mahal namun dijamin penonton yang hadir akan puas dengan pakej yang disediakan.

“Pakej untuk meja berharga RM10 000 iaitu bernilai RM1 000 untuk seorang itu sebenarnya pakej eksklusif sebab itu kita beri nama pakej Diamond.

“Saya tahu ia agak mahal bagi sesetengah golongan tetapi saya boleh katakan ia berbaloi kerana pakej ini adalah pakej paling eksklusif untuk bersama Afgan.

“Penonton yang membeli pakej Diamond ini akan berpeluang untuk menyertai sesi beramah-mesra dan bergambar bersama Afgan selepas persembahan.

“Setakat ini 60 peratus daripada 700 tiket sudah puk dijual. Namun untuk pakej diamond sudah 5 tiket dijual daripada 10 tiket,” katanya kepada Astro Gempak.

Najwa Mohamed ditemui pada sidang media An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz’ yang berlangsung di Barbenque, Bukit Damansara, semalam.

Afgan bagaimanapun tidak hadir pada majlis tersebut kerana terlibat dalam satu sesi latihan persembahan pentas di Indonesia.

Minggu setiausaha bersama Afgan itu akan berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur, pada 27 April depan.

Selain pekej Diamond, pakej lain seperti Bromze, Silver, masing-masing dijual dengan harga RM3,000, RM5,000 dan RM8,000 untuk sebuah meja.

Mengulas mengenai persembahan Afgan, Najwa memberitahu Afgan akan mempersembahkan 10 buah lagu daripada empat buah album bersama iringan band peribadinya, The Gandarianz selama 2 jam 30 minit.

“Mengiringi persembahan Afgan, akan ada artis jemputan yang turut memeriahkan persembahan tersebut antaranya ialah Hael Husaini serta gimik yang perlu dinantikan di hari persembahan” katanya.

Sementara itu Afgan dalam ucapan ringkas menerusi sidang video menzahirkan rasa berbesar hati kerana buat pertama kalinya berpeluang membuat persembahan pada acara sedemikain.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 016-64 00677 dan 017-3560838.

Teks oleh Syafiqah Jalal

 

Source: Harga Tiket Menonton Persembahan Afgan Bernilai RM1 000 Berbaloi – Penganjur | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img