spot_img
spot_img

Harga Runcit Petrol, Diesel Turun Seminggu 

spot_img

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 17 sen dan 19 sen berkuat kuasa 30 Mac hingga 5 April.

Harga RON95 kini ialah RM2.13 seliter manakala RON97 pada 2.41 seliter.

Sementara itu, harga Diesel Euro 2 turun 9 sen kepada RM2.11, dan harga Diesel Euro 5 turun 9 sen kepada RM2.21.

Harga Kerosene turun 9 sen kepada RM3.41.

- Advertisement -

Pada minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014.

- Advertisement -

Sumber: Astro Awani
Kredit foto: Scaniaz, Astro Awani

Source: Harga Runcit Petrol, Diesel Turun Seminggu | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img