spot_img
spot_img

Gabungan dua tokoh hebat mantapkan Pakatan Harapan – Guan Eng | Astro Awani

spot_img

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan bakal menjadi satu gabungan pembangkang yang kuat dengan adanya dua tokoh hebat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kedua-dua tokoh itu dianggap ‘simbol baharu’ gabungan Pakatan Harapan kerana mempunyai pengaruh tersendiri.

Tambahnya, jalinan kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PKR dan DAP serta Amanah dilihat seperti sebuah kuasa besar yang memulakan hubungan baharu.

Guan berkata Pakatan Harapan akan menjadi gabungan parti yang dapat menyatukan semua anggota pembangkang di negara ini.

“Kita sedang melihat penjajaran semula politik, masa depan negara lebih gemilang untuk rakyat yang menentang korupsi, mahu kerajaan demokratik yang menjulang keadilan, kebebasan dan kemakmuran,” kata Guan Eng.

- Advertisement -

Sementara itu, ditanya sama ada Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah akan menjadi penasihat khas bagi jawatankuasa penaja gabungan Pakatan Harapan, Guan Eng berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

Ujarnya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan akan diputuskan selepas satu mesyuarat khas gabungan itu nanti.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata nama gabungan Pakatan Harapan masih kekal namun ia akan diputuskan oleh urus setia organisasi.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabtanya di bangunan Komtar, di sini, pada Rabu.

Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Februari 2016 dan menubuhkan PPBM.

PPBM menyertai Pakatan Harapan minggu lepas dan difahamkan akan mendaftar sebagai gabungan baharu tidak lama lagi dengan logo dan manifesto bersama.

 

Source: Gabungan dua tokoh hebat mantapkan Pakatan Harapan – Guan Eng | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img