spot_img
spot_img

Bila PM Bertemu Hero Tamil

spot_img

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di India untuk lawatan rasmi telah berpeluang bertemu ikon filem Tamil, Rajnikanth.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman pelakon handalan itu di Chennai.

Perdana menteri turut memuat naik imej swafoto beliau dengan pelakon itu, diiringi keterangan: “Baru mengadakan pertemuan sangat mesra dan ramah dengan superstar Tamil En Rajnikanth di rumahnya.”

- Advertisement -

Pada Rabu lalu Malaysiakini memetik laporan portal berita India, The Telegraph, yang menyatakan Najib serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, meminta untuk bertemu Rajnkanth sempena lawatan mereka ke negara itu.

Portal berkenaan berkata, pasangan terbabit menjadi peminat Rajnikanth ketika beliau berada di Melaka untuk menyiapkan penggambaran filem Kabali.

Ekoran laporan berkenaan, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor, menafikan ada permintaan seumpama itu dibuat kepada Rajnikanth.

- Advertisement -

Katanya, walaupun Rosmah amat menghormati Rajnikanth dan menyedari kehebatannya, beliau tidak membuat permintaan untuk bertemu pelakon legenda terbabit.

“Ia juga tidak ada dalam jadual kunjungan (Rosmah) ke satu daripada negara yang mengalami pembangunan ekonomi terpantas di dunia itu,” katanya dalam kenyataan pada 29 Mac lalu.

Sumber: Malaysiakini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img