spot_img
spot_img

Biarlah Masa Yang Menentukan, Kebenaran Akan Muncul Juga Nanti – Aidil Aziz 

spot_img

Pelakon Aidil Aziz akui masih menunggu hasil keputusan penuh siasatan dakwaan melibatkan dirinya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 465 gram pada September tahun lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 29, berkata, buat masa sekarang dia dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media kerana enggan menganggu siasatan pihak polis.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana isu itu masih lagi dalam mahkamah.

“Jadi saya tidak boleh cakap banyak mengenai perkara ini kerana pihak peguam saya telah menasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi kepada pihak media kerana mungkin akan menganggu proses siasatan pihak polis.

- Advertisement -

“Bagi saya biarlah masa yang menentukan segalanya kerana kebenaran itu akan muncul juga cuma ia cepat atau lambat saja.

“Saya percaya kebenaran itu akan muncul juga dan orang ramai akan tahu perkara yang sebenar apabila segala siasatan telah selesai,” katanya kepada Astro Gempak.

Aidil berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jersi pasukan bola sepak MASC yang diadakan di The Garage, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

- Advertisement -

Terdahulu, semalam Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan akan terus berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.

Pelakon itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya.

Aidil ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 37, dan R. Guevara Cortez, 34, di sebuah kediaman di Jalan Ampang.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

 

Source: Biarlah Masa Yang Menentukan, Kebenaran Akan Muncul Juga Nanti – Aidil Aziz | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img