spot_imgspot_img

Berdepan Masalah Komplikasi, Kim Kardashian Dilarang Hamil Anak Ketiga

Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian terpaksa melupakan hasrat untuk menimang cahaya mata ketiga selepas mendapat nasihat daripada doktor.

Menerusi laporan Daily Mail, Kim berkongsi kisah tersebut dalam episod terbaharu program Keeping Up With The Kardashian.

Kim menerusi sebuah wawancara memberitahu, dia dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang bakal berlaku kepada dirinya.

“Doktor telah menasihati saya supaya tidak hamil lagi kerana bakal berdepan dengan pelbagai risiko penyakit.

“Jika saya masih menyimpan hasrat untuk hamil mungkin ia tidak selamat untuk saya dan kandungan anak itu nanti.

“Saya juga mungkin bakal mengalami pendarahan yang teruk dan boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Kim telah berkahwin dengan penyanyi rap Kanye West pada 24 Mei 2014 di Florance, Itali dan mereka dikurniakan dua orang anak, North dan Saint.

Sumber : Daily Mail

Source: Berdepan Masalah Komplikasi, Kim Kardashian Dilarang Hamil Anak Ketiga | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img