spot_img
spot_img

Arja Lee Tak Pernah Putus Asa Nak Jadi Penyanyi Di Usia 30-an 

spot_img

Pelakon dan penyanyi, Arja Lee akui bukan mudah untuk menempa nama sebagai seorang penyanyi selepas beberapa kali percubaan yang dilakukan.

Namun Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 33, berkata dia tidak pernah berputus asa sebaliknya masih mencuba sedaya mungkin agar diterima baik penggemar muzik tanah air.

“Dua single balada saya iaitu Cerita Pada Mereka dan Bintang Malam sebelum ini kurang mendapat sambutan.

“Mungkin kerana sudah ramai penyanyi lelaki tempatan menghasilkan lagu balada dan bersuara seperti saya ketika itu.

- Advertisement -

“Namun saya tak berputus asa kerana setiap anak seni ada zaman kegemilangan dan kejatuhan. Fasa kegagalan itulah yang banyak mendidik kita untuk berusaha lebih gigih.

“Mungkin populariti saya tidak naik mendadak seperti sesetengah artis tetapi saya sentiasa memotivasikan diri agar menjadi lebih baik.

“Saya juga tidak pernah rasa terlambat untuk bermula meskipun usia saya sudah mencecah 30-an,” katanya kepada Astro Gempak.

- Advertisement -

Arja ditemui selepas pelancaran single terbarunya berjudul Budak Nakal yang berlansung di Paranormal Studios, Sri Damansara, Isnin lalu.

Mengulas mengenai single terbaharunya itu, Arja kali ini tampil dengan lagu rancak hasil cadangan syarikat muzik naingannya, Paranormal Records.

“Memandangkan percubaan sebelum ini tidak berjaya, saya kena buat pembaharuan.

“Budak Nakal membawa satu getaran dan semangat baru buat saya.

“Harap percubaan ini menjadi permulaan yang baik untuk saya melangkah lebih jauh sebagai penyanyi,” katanya lagi.


Teks oleh Syafiqah Jalal

 

Source: Arja Lee Tak Pernah Putus Asa Nak Jadi Penyanyi Di Usia 30-an | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img