spot_img
spot_img

Zizan Rindu Bersama Johan Di Pentas MLM 

spot_img

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengaku rindu untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) bersama Jozan.

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengaku rindu untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) bersama pasangannya daripada kumpulan Jozan, Johan.

Zizan ketika dihubungi Astro Gempak berkata, peluang menjadi tetamu MLM 9.30 bersama Angah Raja Lawak Jumaat ini sedikit sebanyak mengubat rindunya terhadap program lawak popular itu.

“Bukan tidak mahu menyertai MLM, tetapi kami (Jozan) mahu membawa jenama kami ke pentas yang lebih besar disamping mengangkat martabat pelawak ke satu fasa yang lebih tinggi.

“Bohong jika saya kata, saya tidak rindukan pentas MLM kerana saya dan Johan lahir dari program Raja Lawak dan pernah menjuarai MLM pada tahun 2012.

“Kami tidak pernah melupakan MLM sebab itulah apabila diundang sebagai tetamu undangan program tersebut sukar untuk kami menolak, lebih-lebih lagi jika tiada komitmen lain,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Ditanya tentang MLM 2017, Zizan memberitahu kesemua peserta kali ini mempunyai kekuatan dan kehebatan masing-masing.

“Peserta senior seperti Shiro, Bocey dan Zero rasanya semua sudah tahu mereka sangat konsisten dalam setiap persembahan tapi tidak boleh leka kerana pendatang baru seperti Dzawin mampu untuk menggugat kedudukan mereka,” ujarnya.

Kepada anda semua jika rindukan Jozan, jangan lupa menyaksikan program MLM 9.30 pada Jumaat ini.

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan  The Best of Jozan di laman web www.astrogempak.com.my.

MLM 9.30 merupakan program debat dan ramalan yang bersiaran langsung sepanjang 12 minggu MLM 2017.

Untuk melihat berita terkini tentang MLM 2017 dan mengundi pelawak kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), boleh layari laman web sama.

Undi peserta kegemaran anda dengan menghantar SMS ke 32777.

Taip ML <jarak> Nama Peserta atau ML 3/5/10/20 <jarak> Nama Peserta untuk 3/5/10/20.

Source: Zizan Rindu Bersama Johan Di Pentas MLM | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img