spot_img
spot_img

PM dan TPM tiada konsensus berhubung pindaan RUU 355 – Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sepakat berhubung isu pindaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

Beliau berpendapat, Datuk Seri Najib sepatutnya mempertahankan kenyataan Timbalannya bagi meyakinkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung pindaan rang undang-undang berkenaan.

“Saya terkejut kerana sebelum ini Timbalan Perdana Menteri menyatakan yang kerajaan yang akan membentang dan membawa RUU 355 di Parlimen tetapi nampaknya jelas tiada konsensus antara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Timbalannya (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

 

“Lebih jelas, sewajarnya Perdana Menteri mempertahankan kenyataan timbalannya untuk yakinkan Dewan Tertinggi BN tetapi nampaknya Perdana Menteri tidak mempertahankan Timbalan Perdana Menteri yang telah membuat kenyataan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di bilik media bangunan Parlimen di sini hari ini.

- Advertisement -

Tambahnya, keputusan kerajaan berhubung RUU 355 semalam disifatkan sebagai satu ‘tempelakan’ kepada kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

“Ini satu tempelakan kepada Ahmad Zahid seolah-olah beliau ini memandai-mandai sebelum mendapat konsensus dari Dewan Tertinggi BN mahupun Kabinet,” katanya lagi.

Beliau pada masa sama hairan dengan sikap kebanyakan pemimpin UMNO yang sebelum ini dilihat memberikan sokongan kepada pindaan RUU 355.

- Advertisement -

“Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) mewakili Perdana Menteri semasa Himpunan RUU 355 di Padang Merbok dan menyampaikan salam Perdana Menteri kepada semua yang hadir.

“‘Jadi saya hairan bagaimana beliau sampai salam, memberikan sokongan dan dukungan Himpunan RUU 355, tiba-tiba mereka tidak boleh mempertahankan hasrat untuk sama ada mereka ambil alih untuk bawa RUU 355 di Parlimen,” ujarnya.

Kerajaan Barisan Nasional semalam membuat keputusan tidak akan membentangkan Pindaan RUU 355 di Parlimen.

Keputusan itu diumum Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, PWTC.

Source: PM dan TPM tiada konsensus berhubung pindaan RUU 355 – Mahfuz | Astro Awani

comments

Terkini

spot_img
spot_img