spot_img
spot_img

Norman Hakim Buat Kejutan, Bawa Memey Suhaiza Naik Helikopter Sempena Hari Jadi 

spot_img

Pelakon Norman Hakim membuat kejutan untuk isteri tersayang, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki sebuah helikopter sempena hari lahirnya yang ke-29.

Memey yang tidak tahu mengenai hal tersebut akur apabila matanya ditutup dengan sehelai kain sebelum dipimpin oleh suaminya menuju ke tempat yang telah ditetapkan.

Sebaik saja tiba ditempat yang dituju, kain penutup matanya dibuka dan Memey terkejut melihat kek serta majlis hari jadi yang dirancang oleh suaminya.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menghadiahkan sebentuk cincin selain membawa isterinya menaiki helikopter pada hari tersebut.

Istimewanya lagi, setiap foto yang dikongsi oleh Norman disertai dengan ucapan sweet khas buat isteri tersayang.

“Buat isteri tersayang @memeysuhaiza . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku, Isteri yang sholehah yang selalu patuh pada semua perintah laranganmu. Isteri yang bisa membantuku lebih dekat kepadaMu.

“Isteri yang bisa membantuku lebih mencintaiMu. Isteri yang selalu patuh kepadaku bila yang aku sampaikan itu benar. Isteri yang bisa membawa kedamaian dalam hidupku.

“Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatanku. Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatannya sendiri. Jadikanlah isteriku ibu yang selalu menjaga kehormatan anak anakku.

“Ya ALLAH, Jadikanlah dia MUMMY yang baik bagi anak anakku, Mampu membimbing anak anakku di jalanMU. Mampu menjaga amanah yang KAU titipkan kepada kami. Amin, amin Ya Rabbal Allamin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Norman juga telah berkongsi momen-momen indah itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Teks oleh: Mya Amri

Source: Norman Hakim Buat Kejutan, Bawa Memey Suhaiza Naik Helikopter Sempena Hari Jadi | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img