spot_img
spot_img

Jadi Presiden FAM, TMJ Memang Layak! – Komen Netizen 

spot_img

 

‘Saya perlu membersihkan rumah ini dahulu baru saya boleh buat kerja’ itulah antara ungkapan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menarik perhatian netizen selepas sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kata-kata yang diucapkan oleh Tuanku dalam sidang media itu kemudiannya menjadi popular sehinga netizen  berkongsi kembali ayat tersebut menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.

Sementara itu, nama TMJ masih lagi menjadi trending di Malaysia hingga ke hari ini dengan mengguna hashtag #TunkuIsmail.

Rata-ratanya meluahkan ucapan tahniah dan rasa puas hati dengan perlantkan baginda sebagai presiden FAM bagi penggal 2017-2021.

Susulan perlantikan tersebut, netizen percaya TMJ mampu membawa kemajuan dan mengubah nasib FAM ke arah lebih baik selain memberikan mutu pengadilan yang mantap.

Terdahulu, perlantikan TMJ sebagai Presiden FAM diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi tadi.

TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.

Berikut merupakan komen-komen yang diberikan oleh netizen mengenai perlantikan TMJ:

Kredit foto: Johor Southern Tigers

Source: Jadi Presiden FAM, TMJ Memang Layak! – Komen Netizen | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img