spot_img
spot_img

Fattah Amin, Alif Satar & Hisyam Hamid – Siapa Hero Pilihan Anda?

spot_img

Aktor yang menjayakan watak hero untuk sesebuah naskah drama bersiri sering menjadi perhatian penonton.

Aktor yang menjayakan watak hero untuk sesebuah naskah drama bersiri sering menjadi perhatian penonton.

Selain mempamerkan bakat lakonan, hero sesebuah naskah bakal menjadi nadi serta menggerakkan plot sesebuah drama.

Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini, Astro Gempak mengimbas semua calon akhir bagi kategori Hero Throwbaek:

Fattah Amin

Lakonan Fattah Amin sebagai seoorang juruterbang bernama Kapten Ejaz Fakhri menyaksikan dimensi baru Fattah dalam dunia lakonan. Fattah meninggalkan imej ‘kayu’ yang sering dikaitkan dengan dirinya dan gandingan Fattah bersama Neelofa nyata meninggalkan impak tersendiri.

Alif Satar

Dia Semanis Honey berjaya menaikkan nama Alif Satar sebagai seorang pelakon. Jika sebelum ini Alif dikenali sebagai penyanyi dan pengacara, Dia Semanis Honey nyata membuka langkah baru buat Alif. Keserasian bersama Siti Nordiana juga menjadi bualan peminat drama bersiri.

Hisyam Hamid

Drama bersiri Abang Bomba I Love You meninggalkan impak tersendiri kepada Hisyam Hamid. Membawakan watak sebagai seorang anggota bomba, Hisyam seakan mengimbau pekerjaan lamanya di Singapura sebelum menetap di Malaysia.

Amar Baharin

Drama bersiri Si Kolot Suamiku menyaksikan gandingan Amar Baharin bersama Siti Elizad. Drama bersiri ini memberi impak positif kepada penggemarnya dan ramai yang suka melihat keserasian Amar dan Elizad sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri tersebut.

Aaron Aziz

Drama bersiri Tuan Anas Mikael menyaksikan Aaron Aziz membawakan watak sebagai majikan kepada seorang pembantu rumah bernama Ayu Maisarah, lakonan Zara Zya. Drama ini menjadi fenomena ketika disiarkan tahun lalu.

Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online dan 50% penilaian juri Astro.

Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac 2017.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Hadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greetbersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

KLIK DI SINI – VIDEO: Tonton Episod Penuh Drama Bersiri SURI HATI MR PILOT

Source: Fattah Amin, Alif Satar & Hisyam Hamid – Siapa Hero Pilihan Anda? | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img