spot_img
spot_img

Belum Kahwin Di Usia 35 Tahun, Song Hye Kyo Tertekan

spot_img

Bintang Autumn In My Heart, Song Hye Kyo akui tertekan kerana masih belum berkahwin pada usia mencecah 35 tahun.

Song Hye Kyo berkata, dia berhadapan dengan masa yang agak sukar apabila hampir semua rakan-rakannya sudah berkahwin dan berkeluarga.

“Saya menghadapi masa yang agak sukar juga. Susah nak jumpa kawan yang sama status dengan saya kerana kebanyakannya sudah berkeluarga.

“Saya juga rasa seperti hilang rasa perasaan ingin berkahwin selepas mendengar pelbagai cerita mengenai perkahwinan,” katanya ketika satu sesi interview untuk sebuah majalah tempatan di sana.

Sementara itu, Song Hye Kyo turut memberitahu dia tidak memahami bagaimana dua orang yang bercinta boleh menjadi kawan yang baik selepas hubungan itu gagal diselamatkan.

“Selalunya saya akan memberi sepenuh komitmen kepada hubungan cinta saya tetapi tidak pernah berpatah balik jika hubungan itu gagal.

“Bagi saya jika, hubungan itu sudah tidak berhasil, tidak mungkin ia akan berhasil lagi di masa akan datang,” katanya lagi.

Sumber: Kpop Herald

Source: Belum Kahwin Di Usia 35 Tahun, Song Hye Kyo Tertekan | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img