spot_img
spot_img

Bagaimana Tun M Bantu DAP Kikis Imej ‘Parti Rasis, Anti Melayu’?

spot_img

OLEH: SYEEDA SHAM

 

Dilabel sebagai parti cauvinis, anti Melayu dan komunis oleh pihak lawan, DAP terpaksa berdepan kesukaran untuk menangkis imej yang tidak benar ini.

- Advertisement -

Malah, sentimen yang disemai sejak sekian lama ini membuatkan DAP bagaikan ‘ditakuti’ khususnya oleh orang Melayu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Adun Stulang, Johor dari DAP iaitu YB Andrew Chen Kah Eng, dalam satu temu bual dengan tularr.comm.

Andrew berkata, antara kesan terbesar daripda fitnah tersebut ialah DAP gagal mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sebelum PRU12, walaupun hakikatnya parti itu membawa perjuangan untuk semua kaum.

- Advertisement -

“UMNO meraih sokongan dengan menanam perasaan takut ini di kalangan orang Melayu dan mendakwa hanyalah UMNO yang mampu melindungi Melayu. Slogan yang hangat dilaungkan adalah ‘UMNO jatuh, Melayu jatuh’.

“Di depan orang Cina, MCA akan mendakwa DAP menggadaikan hak orang Cina dengan menyokong hudud dan tidak memperjuangkan hak-hak orang Cina. Di depan orang Melayu, UMNO pula akan mengatakan bahawa DAP anti Melayu, anti Islam dan anti Raja-raja Melayu.

“Akibatnya, DAP gagal mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sebelum tahun 2008,” dakwa beliau.

YB Andrew

 

Tiada Jalan Pendek

Kata Andrew, untuk DAP mengatasi masalah ini, tiada jalan pendek.

Justeru itu, beliau berkata, sejak ditubuhkan, DAP sentiasa konsisten dalam perjuangannya dalam membela nasib setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Pada pendapat saya, taktik memburukkan imej DAP ini dah kian layu dan sukar dipercayai oleh kaum Melayu kerana ramai yang telah tahu tipu helah UMNO.

“Walaupun kesan fitnah ini masih ada, tetapi ia semakin hari semakin tidak mendapat tempat kerana ada isu-isu yang lebih penting seperti rasuah, keadaan ekonomi Malaysia, dan juga kos sara hidup rakyat yang kian menekan,” katanya optimis.

 

Bila Tun Mahathir ubah pandangan terhadap DAP…

Siapa sangka juga, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam gabungan parti pembangkang turut memberi ‘cahaya’ baru kepada DAP.

Walaupun pernah ‘bermusuh’, menurut Andrew, Tun Mahathir telah memainkan peranan penting dalam menangkis tohmahan kononnya DAP parti anti Melayu.

“Beliau semasa menghadiri persidangan DAP buat pertama kalinya dalam sejarah pada 2016 juga mengatakan bahawa DAP mempunyai semangat kenegaraan Malaysia yang lebih kuat daripada MCA. Beliau juga mengakui bahawa pandangannya terhadap DAP dahulu tidak betul.

“Tun Dr Mahathir juga berkata : “Dahulu ketika saya hadiri Mesyuarat Agung MCA, lagu parti dinyanyikan dalam bahasa Cina (Mandarin) tetapi DAP menyanyi dalam bahasa kebangsaan (Melayu),” kata Andrew.

 

Ikuti temubual penuh dengan YB Andrew mengenai isu ‘orang Melayu takut DAP’ , di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img