Ayda Jebat selesa bekerja bersama aktres Cristina Suzanne dan Mira Filzah dalam 3 Gadis Manis.
elakon dan penyanyi Ayda Jebat selesa bekerja bersama aktres Cristina Suzanne dan Mira Filzah.
Mereka bertiga digandingkan dalam drama mini bersiri digital berjudul 3 Gadis Manis yang bersiaran di laman web Astro Gempak.
“Peluang bergandingan dengan Cristina dan Mira merupakan satu pengalaman yang saya nantikan. Masing-masing mempunyai karakter yang berbeza dan memberikan kualiti lakonan yang terbaik.
“Sejujurnya, saya menerima tawaran ini kerana 3 Gadis Manis merupakan drama mini bersiri digital pertama Astro Gempak. Kesempatan bergandingan bersama pelakon-pelakon lain seperti Alvin dan Dottie menjadi sebab utama,” kata Ayda kepada Astro Gempak.
Memegang watak Mimi, Ayda memberikan gaya lakonan berbeza.
“Drama bersiri mini digital ini mengangkat tema persahabatan. Ceritanya sangat light, jadi saya cuba untuk menonjolkan sisi lain lakonan saya.
“Saya berharap agar peminat dapat menerima lakonan saya dan menonton drama bersiri mini digital ini,” katanya lagi.
Selain Ayda, Cristina dan Mira, drama bersiri 3 Gadis Manis turut menampilkan Alvin Chong dan Dottie.
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my bermula 8 Mac.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Source: Ayda Jebat Selesa Bekerja Dengan Cristina Suzanne & Mira Filzah | Astro Gempak