Seorang warga Indonesia yang berasal dari Sulawesi Barat menjadi korban ditelan ular sawa sepanjang 4 meter.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa, Akbar, 25, sedang menuju ke ladang kelapa sawit miliknya di Desa Salubiro, Ahad lalu.
Mangsa tidak pulang hingga ke malam menyebabkan keluarga dan jiran tetangga melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Malangnya, mereka tidak menemui mangsa sebaliknya hanya menjumpai seokor ular sawa yang tidak dapat bergerak kerana kekenyangan.
Mengesyaki bagai ada yang tidak kena, orang kampung telah menangkap ular sawa itu dan membelahnya.
Alangkah terkejutnya mereka apabila menemui Akbar yang sudah meninggal dunia di dalam perut ular itu lengkap dengan pakaiannya.
Sumber: Kompas