spot_img
spot_img

Tun M, Wan Azizah Dapat ‘Tugas’ Baru

spot_img

Pakatan Harapan telah mewujudkan satu jawatan baru khusus untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu penasihat jawatankuasa protem.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad seperti dilaporkan Malaysiakini berkata, jawatan khas yang diberikan kepada dua tokoh itu adalah sama penting.

“Kami memutuskan (untuk menamakan kedua-duanya) Wan Azizah dan Mahathir sebagai penasihat. Mereka akan memegang jawatan sama dan mereka sama-sama penting,” katanya.

- Advertisement -

Wan Azizah kini adalah Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, manakala Mahathir merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Khalid, jawatan penasihat jawatankuasa protem itu adalah sebahagian daripada 18 ahli jawatankuasa protem yang dibentuk selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan, Isnin lalu.

- Advertisement -

“Daripada 18 ahli, 16 (ahli protem) akan dibahagikan sama rata oleh empat parti, manakala dua kedudukan istimewa diberikan kepada Wan Azizah dan Tun Mahathir,” katanya.

Namun, Khalid menafikan 18 ahli jawatankuasa protem itu adalah kabinet bayangan Pakatan Harapan.

 

Sumber: Malaysiakini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img