spot_img
spot_img

Ini Sebab Kenapa Kerajaan Bertegas Haramkan Dego Ride Di Malaysia

spot_img

Bagi yang pernah ke Jakarta, Indonesia pasti biasa dengan perkhidmatan ojek atau teksi motorsikal di negara itu.

Faktor macet atau kesesakan jalan raya menjadikan ojek sebagai perkhidmatan yang amat praktikal, di samping menjimatkan masa.

Apabila cadangan itu mahu diaplikasikan di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur yang sudah boleh menandingi Jakarta dari segi kesesakan jalan rayanya, ia awal-awal lagi tidak diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan.

- Advertisement -

 

Hari ini, kerajaan sekali lagi menegaskan keputusan mengharamkan teksi motorsikal atau dikenali sebagai Dego Ride di sini adalah atas faktor keselamatan.

- Advertisement -

“Penggunaan Dego Ride akan mengakibatkan lebih ramai pengguna jalan raya terdedah kepada risiko kemalangan maut dan cedera parah.

“Oleh itu berdasarkan asas keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal maka Kementerian Pengangkutan telah memutuskan untuk tidak membenarkan Dego Ride beroperasi di jalan raya,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat seperti dilaporkan Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan statistik 2016 lebih kurang 62 peratus daripada 7,152 jiwa yang terkorban di atas jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Malah, katanya, berdasarkan analisa yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) risiko pengguna motosikal untuk terlibat dalam kemalangan adalah tinggi dan membabitkan cedera parah iaitu kadarnya 42.5 kali, lebih tinggi daripada bas dan 16 kali lebih tinggi daripada kereta.

 

Sumber: Sinar Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img