spot_img
spot_img

Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar 8 Remaja

spot_img

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian 18 Februari lalu.

Sam Ke Ting, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar, lapor BH Online.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Februari lalu.

- Advertisement -

Bagi kesalahan itu, Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tiba di Mahkamah Majistret Trafik di sini, pada jam 8.45 pagi tadi dengan memakai jaket, berseluar jeans dan bertopeng muka sebelum diiringi pegawai polis ke kamar mahkamah.

Gambar: Berita Harian

 

- Advertisement -

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.

Terdahulu, pihak peguam bela dalam hujahnya memaklumkan mahkamah anak guamnya bukan daripada keluarga kaya atau anak kenamaan seperti didakwa dalam media sosial.

Katanya, tertuduh hanya bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan RM2,000 sebulan dan tinggal di kediaman teres di daerah Johor Bahru bersama empat adik beradik yang lain.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport diserahkan pada mahkamah dan lesen memandu Ke Ting digantung sehingga selesai prosiding.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img