spot_img
spot_img

Kerusi Bertindih, PPBM Sedia Bertolak Ansur

spot_img

Walaupun beberapa kerusi yang ingin ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PRU14 bertindih dengan parti lain, mereka setuju untuk bertolak ansur.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu komited menyelesaikan masalah pertindihan kerusi dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

“Matlamat kami elak pertandingan pelbagai penjuru. Kita perlu bertolak ansur.

- Advertisement -

“Mana-mana pihak yang boleh menang, perlu diberikan peluang untuk bertanding. Ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal Pakatan Harapan,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.

 

- Advertisement -

Menurut Muhyiddin, perkara itu juga sudah dimaklumkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

PPBM juga berharap dengan bertanding di kerusi yang dituntutnya dapat menarik sokongan pengundi Melayu dan Bumiputera.

“Kami ada berunding, antara lain, mengenai agihan kerusi di mesyuarat PH yang diadakan di Parlimen semalam,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img